Sabtu, 22 Ogos 2009

1hb Ramadhan 1430 Hijriah

Morningz .... 1st day ramadhan .. lama dah ku nda update blog ku ani since lalai kan B Facebook saja Bekabun di Farmtown, insyaAllah akan d usahakan m update supaya nda terkulat :)

Mula2 d farm town:





masa ani : sdg2 d renovate nih ...
Level 32

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ahlan Wa ShaLan Ya Shahri Ramadhan

Assalamualaikum semua yang terbaca my blog ani
Alhamdulilah syukur kehadRat Allah 'aza wa jalla
menganugerah usia dengan menemukan Ramadhan ini
Mudah2an kita mengambil manfaat serta kesempatan dalam memperbanyakkan amal ibadat ...
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.
Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.
"Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Azam tuk bulan Ramadhan:
mudah2an aku dberi kemudahan tuk dpt khatam Al-Quran ..amin ..