Ahad, 5 September 2010

Subuh, 25hb Ramadhan 1431H


Subuh
Ahad: 25hb Ramadhan 1431H/5hb September 2010
6.11 am
Khatam
Alhamdulillah, Syukur atas nikmat Allah, memberiku kesempatan, memberiku masa, memberiku keupayaan untuk mkhatamkan al-Quran di dalam bulan yang penuh berkah ini.
Ya Allah Ya Tuhan ku, hiasilah ku dgn perhiasan al-Quran, muliakanlah ku dengan kemuliaan al-Quran, Agungkanlah ku dengan keagungan al-Quran, berikanlah ku pakaian dengan perhiasan al-Quran, masukkanlah ku kedalam syurga dengan syafa'at al-Quran, selamatkanlah ku dari segala malapetaka dunia dan seksa akhirat dengan keagungan al-Quran. Ya Allah Ya tuhan ku, Jadikanlah al-Quran bagi kami semua di dunia inisebagai teman setia, di dalam kubur sebagai penglipur lara, di hari kiamat sebagai syafa'at di atas tittian "siratul mustaqim' sebagai cahaya, masuk ke syurga sebagai sahabat daripada api neraka sebagai pendinding dan penghalang, dan segala kebaikan sebagai panduan dan ikutan, semua ini adalah kerana kemurahan dan kemuliaanmu Ya Karim,
Ya Allah Ya tuhanku, berilah hidayat dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah ku dari api neraka dengan kebesaran al-Quran , hapuskanlah kesalahan yg telah ku lakukan melalui kalimah2 bacaan al-Quran dan ku muhun tinggikanlah derajat kami semua dengan kelebihan al-Quran.
amin amin ya Rabbal a'lamin.

0 ulasan: