Rabu, 16 Mac 2011

Lawatan 14/03/2011


BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac - Seramai 66 orang penuntut termasuk 37 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Nusa Laila Puteri telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei pagi tadi.

Penuntut diketuai oleh Timbalan Pengetua Sekolah Nusa Laila Puteri Pengiran Ali Shafie Pengiran Haji Muhammad Samli bersama 8 orang guru sekolah berkenaan.

"Objektif lawatan sambil belajar itu adalah bertujuan mendedahkan penuntut dalam bidang ketenteraan, ke arah menarik minat mereka untuk menceburi kerjaya sebagai seorang tentera laut," kata Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Muhammad.

Ketibaan para penuntut dan guru telah disambut oleh pegawai Tentera Laut di Markas Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei.

Mereka telah dipelawa masuk ke sebuah dewan bagi mendengar taklimat berhubung dengan keselamatan dan peranan Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei untuk Negara dan rakyat yang disampaikan oleh seorang Pegawai Kanan Tentera Laut.

Kemudian penuntut dan guru telah disajikan jamuan ringan. Sejurus kemudian para penuntut dan guru telah menaiki sebuah bas khas untuk dibawa menuju ke sebuah kapal perang yang berlabuh di kawasan pelabuhan untuk kapal-kapal tentera dan bengkel-bengkel kejuruteraan logistik Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei .

Sesi lawatan sambil belajar itu telah diakhiri dengan penyampaian cenderhati oleh Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Muhammad Samli sebagai penghargaan kepada salah seorang wakil Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei.

Dipetik dari : Media Permata keluaran 15/03/2011 (Selasa)

0 ulasan: